Progress yang Baik
1700
Mak dan bapak datang melawat dan berjaya melepasi makgad hospital yang garang. Dapat melihat Muhammad Ali untuk kali pertama secara live di wad bayi. Muhammad Ali disusu lagi oleh ibunya sehingga jam 7 petang. Isteriku agak sukar untuk meninggalkannya kerana bila diletakkan sahaja di tempatnya, terus Ali akan menangis. Mungkin kerana perasaan secure dan haba dari ibunya membuatkan dia menangis apabila ditinggalkan.
1430
Ali diberi susu oleh ibunya, tetapi kerap terlena. Asyik menguap sahaja. Hampir sejam menunggu, tapi Ali tetap nak tidur walaupun beberapa bayi yang lain sedang kuat menangis. Jam 4.30 petang ini akan kembali melawat Ali
1030
Kini Muhammad Ali dah mula menyusu dari ibunya. Alhamdulillah Ali menunjukkan progress yang baik. Hari ini mak dah buatkan sup ikan haruan dan ikan yu masak stim untuk isteriku. Kedua-dua makanan ini amat sesuai untuk ibu mengandung. Nasib baik saya dapat mencari ikan yu di pasar Batu Lancang. Semasa melawat Ali di wad bayi, Ali sudah tidak lagi memerlukan salur oksigen untuk bernafas. Terharu bila melihat Ali, bila kami nak pulang ke wad ibunya, dia terus menangis seolah-olah tau yang kami tinggalkannya di wad bayi. Hari ini juga Ali sudah berjaya buang air besar dan kecil. InsyaAllah hari ini atau esok Ali boleh keluar dari wad bayi dan tinggal bersama ibunya di wad ibu bersalin.
Muhammad bin Kamarulazizi
Post a Comment