Papa Ali di TV lagi!



Ali sedih pula bila tengok papanya ada dalam tv. Papanya masuk rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 sebentar tadi. Beberapa kali memanggil papanya, tapi papa tidak menyahut. Lepas dah selesai, Ali happy kembali.

Ali di Hospital Tawakal


Baru-baru ini Ali admitted di Hospital Tawakal. Ali muntah dan cirit birit setiap kali makan atau minum. Menurut dokotr, Ali mengalami masalah muntah ini disebabkan serangan kuman. Mungkin kesilapan makan atau keracunan makanan. Selepas tiga hari di Hospital Tawakal, alhamdulillah, Ali dapat pulang ke rumah. Mamanya telah menemani Ali di hospital. Segala perbelanjaan di Hospital Tawakal telah ditanggung sepenuhnya oleh Prudential BSN Takaful, dimana papa Ali adalah ejen Takaful kepada Ali. :)

Perbelanjaan untuk tiga hari di Hospital Tawakal berjumlah RM1,500! Kos ini termasuk untuk penginapan bilik yang memuatkan dua pesakit yang bernilai RM180. Biliknya selesa dan hospital berkenaan menyediakan menu makanan yang boleh dipilih. Waktu melawat pula adalah dari jam 8 pagi hingga 9 malam seperti yang tertera di pintu wad, namun begitu pelawat yang mempunyai hubungan keluarga dengan pesakit dibenarkan melawat bila-bila masa. Ali beruntung kerana mempunyai perlindungan takaful pada umur yang masih muda. Pada kawan-kawan Ali yang belum ada perlindungan takaful, cepat-cepat ambil ya! :)

ali di taman permainan sebelah wad

Ali bersembang melalui telefon

Kerap kali Ali melihat papanya bercakap melalui telefon. Tiba-tiba ada orang menelefon Ali sebanyak dua kali. Lihat perbualan Ali

Ali dan Papanya menikmati mi sanggul


Kini Ali dah belajar untuk makan sendiri. Tapi perlu bimbingan oleh mama atau papanya. Mama Ali dah pandai buat mi sanggul yang sedap!

Ali bersama moyangnya

Ali Membaca Dalam Perjalanan ke Pulau Pinang


Hari ini Ali berada di kampung Tok Kiyai dan Wan Nanny di Pulau Pinang. Aktviti Ali di dalam kereta selain tidur ialah membaca buku.

Ali di Zoo Negara!

Hari ini cuti Hari Wilayah. Ali bersama keluarga ke Zoo Negara! Sudah dua hari hujan lebat tak berhenti, tapi kali ini cuaca terang, tak ada tanda-tanda nak hujan. Sebelum ini Ali belajar nama-nama haiwan dalam kad sahaja. Tapi kali ini dapat tengok live!


rabbit!

baaaadak!

rakun, sama di Aquaria KLCC

zirafahhh


Nuffnang