Pengenalan
Blog ini dibina khas untuk anak kami berdua yang akan bakal dilahirkan dalam tempoh terdekat ini. Kalau ikutkan kiraan doktor, Muhammad Ali sepatutnya dilahirkan pada 21 Julai 2009. Tetapi buat masa ini, belum tiba masanya lagi untuk Ali keluar. Sempena menunggu kehadiran Ali nanti, saya buatkan blog ini khas untuk menyambut kehadiran Ali kelak. Blog ini bakal menceritakan kisah Ali dari bayi yang baru dilahirkan, sehingga dia membesar. Harapan kami agar Ali akan menjadi seorang yang baik dan beriman.
Ainie & Muhammad
Mama and Papa to be
Post a Comment