Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Muhammad Ali telah selamat dilahirkan

29 Julai 2009/7 Shaaban 1430

2240
Alhamdulillah Muhammad Ali selamat dilahirkan dalam keadaan normal. Muhammad Ali dilahirkan 2.9kg. Sebaik sahaja dilahirkan, doktor memasukkan tiub ke dalam mulut Muhammad Ali, supaya dia menangis. Muhammad Ali kelihatan agak kebiruan dan kelihatan tali perut memintal lehernya semasa proses bersalin. Muhammad Ali terus di bawa ke wad NICU untuk pemeriksaan lanjut. Menurut doktor pakar di NICU, jantung Muhammad Ali normal, cuma dia kelihatan agak letih dan peparunya agak lemah. Saya sempat mengalunkan azan secara perlahan ke telinga Ali selepas mendapat kebenaran nurse di situ.

2130
Isteriku sudah bersedia untuk bersalin, dan doktor dan jururawat juga telah bersedia. Sempat update status di facebook.

1730
Isteriku telah dimasukkan ke wad bersalin. Contraction semakin kerap dan nurse mula mengajar cara-cara untuk bernafas

1000
Doktor telah memberi ubat induce dan kali ini kesakitan contraction menjadi lebih kerap


degupan jantung Muhammad Ali sebelum dilahirkan

Muhammad bin Kamarulazizi
0 Responses

Nuffnang