Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ali berusia 2 hari


Progress yang Baik

ikan yu masak stim

1700
Mak dan bapak datang melawat dan berjaya melepasi makgad hospital yang garang. Dapat melihat Muhammad Ali untuk kali pertama secara live di wad bayi. Muhammad Ali disusu lagi oleh ibunya sehingga jam 7 petang. Isteriku agak sukar untuk meninggalkannya kerana bila diletakkan sahaja di tempatnya, terus Ali akan menangis. Mungkin kerana perasaan secure dan haba dari ibunya membuatkan dia menangis apabila ditinggalkan.

1430
Ali diberi susu oleh ibunya, tetapi kerap terlena. Asyik menguap sahaja. Hampir sejam menunggu, tapi Ali tetap nak tidur walaupun beberapa bayi yang lain sedang kuat menangis. Jam 4.30 petang ini akan kembali melawat Ali

1030
Kini Muhammad Ali dah mula menyusu dari ibunya. Alhamdulillah Ali menunjukkan progress yang baik. Hari ini mak dah buatkan sup ikan haruan dan ikan yu masak stim untuk isteriku. Kedua-dua makanan ini amat sesuai untuk ibu mengandung. Nasib baik saya dapat mencari ikan yu di pasar Batu Lancang. Semasa melawat Ali di wad bayi, Ali sudah tidak lagi memerlukan salur oksigen untuk bernafas. Terharu bila melihat Ali, bila kami nak pulang ke wad ibunya, dia terus menangis seolah-olah tau yang kami tinggalkannya di wad bayi. Hari ini juga Ali sudah berjaya buang air besar dan kecil. InsyaAllah hari ini atau esok Ali boleh keluar dari wad bayi dan tinggal bersama ibunya di wad ibu bersalin.

Muhammad bin Kamarulazizi

Update by mama Ali

Syukur Alhamdulliah akhirnya Muhammad Ali selamat dilahirkn. It was unforgettable memory in my life. Macam-macam perasaan yg timbul. Tapi yg penting my baby selamat dan sihat walaupun sekarang masih under doctors supervision. I was successfully delivered my baby through normal process but i had been induced at early stage. Sakit kena induce tu memang tak terkata la. Kesian my hubby kena layan saya yang dah tinggal nyawa2 ikan sebab terlalu sakit. Thanx a lot for his patient =)

I was admitted into the labour room around 5.20 pm after almost 7 hours struggling on the bed having really hard contraction. The doctor check the cervix and it was dilated to 4cm. I was so relief when the doctor asked me to go to the labour room. Meaning that the time almost there! During that contraction time, i only took air zam-zam and sandwich. No appetite maa..

After the doctor breaks the water, the contraction became harder and harder. Berguling-guling atas katil dah. Tangan husband pon nk patah sbb i grab kuat sangat. Luckily the by 9.30 the cervix was fully dilated. I was scared if the process may take more than 12 hours since it was my first baby. Orang kata normal la if the process took more than 12 hours for the first baby to come out. Syukur sangat2 x terlalu lama sampai 12 jam tuh..fuhhh.. So when the doctor ready to give instruction to push, I try to push..But then this clumsy mama don't know the real technique of pushing the baby..Nyesal tak pegi annatel class before.hishh..I was confuse between push using ur face or push like u want to poo-poo (the hard poo =p). Disebabkan itu la my baby stuck almost 50 minutes and hampir-hampir lemas..poor him=( At last by 10.36pm with the help of doctors, nurses, midwive, i managed to use all the energy left to push very2 hard and dush! muhammad ali came out..Lega sgt rasa..Alhamdulillah. Then cam biasa la, doktor kemas tang tu, nurse kemas tang ni..itu dan ini..lastly by 12.50 i went back to my room..having a good rest there with my beloved hubby. Next morning nya baru jalan g tgk Muhammad ALi di NICU..

Ainie Asyikin Binti Ahmad

Ali berusia 12 jam


Ibunya dalam keadaan stabil

1830
Tok, Pah dan satu keluarga datang melawat, tapi masih belum berpeluang untuk lawat Ali. Memang bernasib baik sebab USM dan UPM kena tutup kes H1N1, so semua boleh balik Penang. Tanpa disedari, tok dan opah telah memberi ang pow untuk Ali kepada ibunya, rezeki2:). Nanti bila dah ok, dah boleh bukakkan akaun Muhammad Ali:)

1800
Ke hospital untuk menemani my wife. Muhammad Ali sudah dipindahkan ke wad bayi. Esok akan mula penyusuan ibu untuk Muhammad Ali. Sekarang online di hospital menggunakan laptop dan modem usb serta sim card celcom prepaid 3g. Internet agak perlahan dan kerap terputus, tapi masih boleh update kan post.

1400
Melawat Muhammad Ali di wad NICU. Nurse kata progress yang baik. Muhammad Ali masih tidur. Breast pump sudah dibeli dan sekarang disterilkan. Mak pun datang sekali, tapi tak dapat masuk ke wad NICU kerana hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk



1030
Lawat Muhammad Ali bersama isteri di wad NICU. Muhammad Ali dalam keadaan stabil dan diberikan susu ibunya. InsyaAllah sekiranya ok, Muhammad Ali akan dipindahkan ke wad kanak-kanak. Sekarang perlu dapatkan breast pump untuk kegunaan di NICU

0500
Saya pulang ke rumah untuk membawa lebih banyak lampin ke hospital.

0045
Alhamdulillah isteriku telah dimasukkan ke wad biasa setelah pemeriksaan ke atasnya mendapati dirinya dala keadaan stabil. Saya turut menemani isteriku sehingga siang.


Muhammad bin Kamarulazizi

Muhammad Ali telah selamat dilahirkan

29 Julai 2009/7 Shaaban 1430

2240
Alhamdulillah Muhammad Ali selamat dilahirkan dalam keadaan normal. Muhammad Ali dilahirkan 2.9kg. Sebaik sahaja dilahirkan, doktor memasukkan tiub ke dalam mulut Muhammad Ali, supaya dia menangis. Muhammad Ali kelihatan agak kebiruan dan kelihatan tali perut memintal lehernya semasa proses bersalin. Muhammad Ali terus di bawa ke wad NICU untuk pemeriksaan lanjut. Menurut doktor pakar di NICU, jantung Muhammad Ali normal, cuma dia kelihatan agak letih dan peparunya agak lemah. Saya sempat mengalunkan azan secara perlahan ke telinga Ali selepas mendapat kebenaran nurse di situ.

2130
Isteriku sudah bersedia untuk bersalin, dan doktor dan jururawat juga telah bersedia. Sempat update status di facebook.

1730
Isteriku telah dimasukkan ke wad bersalin. Contraction semakin kerap dan nurse mula mengajar cara-cara untuk bernafas

1000
Doktor telah memberi ubat induce dan kali ini kesakitan contraction menjadi lebih kerap


degupan jantung Muhammad Ali sebelum dilahirkan

Muhammad bin Kamarulazizi

Dimasukkan ke wad

1600
Lawat lagi, bawa sikit pakaian dan laptop. Cuba nak connect laptop dan handphone sebagai modem tetapi tidak berjaya. Oleh itu online melalui handphone sambil update status di facebook. Kali ini dah dipindahkan ke wad kelas satu, satu bilik satu katil. Agak selesa dengan aircond dan tandas sendiri. Kali ini kena buat keputusan sama ada nak induce atau tunggu hingga hari Jumaat.

1230
Pergi hospital untuk melawat isteri tercinta. Masih duduk di wad kelas satu, tetapi ada enam katil. Layanan diberikan doktor dan nurse amat baik. Bawa sekali beberapa akhbar harian supaya tidak bosan.

0330
Hari ini my wife dah dimasukkan ke wad. Kami gerak ke hospital jam 3.30 pagi 28 Julai 2009 bersamaan 6 Shaaban 1430H selepas my wife mengalami sakit setiap sejam. Saya sempat pulang ke rumah jam 5 pagi, untuk mandi dan sarapan sebelum ke hospital kembali. Apabila saya di hospital, terkejut tengok my wife sedang berjalan-jalan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Doktor telah pesan, insyaAllah akan bersalin dalam tempoh 24 jam. Sekiranya tidak bersalin dalam tempoh itu, maka kena induced kerana baby Muhammad Ali dah overdue 7 hari. Sama-sama kita doakan, insyaAllah selamat.

Muhammad bin Kamarulazizi

Pengenalan

Blog ini dibina khas untuk anak kami berdua yang akan bakal dilahirkan dalam tempoh terdekat ini. Kalau ikutkan kiraan doktor, Muhammad Ali sepatutnya dilahirkan pada 21 Julai 2009. Tetapi buat masa ini, belum tiba masanya lagi untuk Ali keluar. Sempena menunggu kehadiran Ali nanti, saya buatkan blog ini khas untuk menyambut kehadiran Ali kelak. Blog ini bakal menceritakan kisah Ali dari bayi yang baru dilahirkan, sehingga dia membesar. Harapan kami agar Ali akan menjadi seorang yang baik dan beriman.

Ainie & Muhammad
Mama and Papa to be

Nuffnang