Makgad dan Waktu Melawat
Kawalan makgad di Hospital Bersalin Pulau Pinang ini memang agak ketat. Dah beberapa kali saya sendiri kadang-kadang naik angin dengan makgad nih. "Tak boleh masuk, bukan masa melawat!", saya balas balas balik, "Isteri saya dah nak bersalin nih!" dia pun bagi masuk. ada sekali tu, makgad yang sama kata "hey, 5 minit saja haa!" kata makgad India. Saya balas balik, "saya duk wad kelas satu, satu bilik satu orang!" dia balas, ok2 sambil tunjuk tangan tanda boleh pergi. Di Hospital Bersalin Pulau Pinang, si suami boleh melawat bila-bila masa sekiranya ambil bilik kelas satu, satu bilik satu orang. Bilik kelas satu nih ada 3 jenis, 1 bilik seorang, 1 bilik 4 orang dan 1 bilik 6 orang. Kelas satu jenis satu bilik seorang cuma ada 3 sahaja, so agak sukar untuk mendapatkannya. Tapi alhamdulillah, isteriku dapat kelas satu satu bilik seorang sehari selepas admit ke hospital. Waktu melawat biasa ialah jam 1pm - 2pm dan 5pm-7pm setiap hari.
Berbalik pada kisah makgad tadi, hari ini mak saya hadiahkan buah rambutan dan buah dokong untuk saya berikan kepada makgad India yang garang dan juga nurse yang jaga wad kelas satu:)
Muhammad bin Kamarulazizi
Berbalik pada kisah makgad tadi, hari ini mak saya hadiahkan buah rambutan dan buah dokong untuk saya berikan kepada makgad India yang garang dan juga nurse yang jaga wad kelas satu:)
Muhammad bin Kamarulazizi
haaa...teror pun mak abg mat nie..
org2 cmni kene amik hati skit..hehe