Jaundice dan Pendaftaran Bayi
Hari ini nurse dari Klinik Kesihatan Taman Tun Sardon telah datang melawat untuk kali pertama. Nurse memastikan Ali ok dengan memeriksa Ali. Ali dikhuatiri mengidap penyakit kuning atau lebih dikenali sebagai Jaundice. Oleh yang demikian, kami diminta untuk membawa ke Klinik Kesihatan di Jalan Perak.
Selepas Zohor, kami terus bergerak ke Klinik Kesihatan Jalan Perak untuk memeriksa Ali. Alhamdulillah keputusan menunjukkan had untuk mengidap penyakit kuning hanya kecil. Ali diminta untuk diperiksa sekali lagi pada Jumaat ini untuk memastikan Ali bebas dari penyakit kuning.
Pada jam 3.30 petang pula, saya bersama isteri telah ke Jabatan Pendaftaran Jalan Anson untuk mendaftarkan surat beranak dan My Kid Ali. Pada mulanya, terdapat sedikit kesulitan apabila nama bapa saya tertera 'Kamarulaziz' dan sepatutnya 'Kamarulazizi'. Kata pegawai tersebut, awak dilahirkan di luar negara, mungkin kena rujuk kedutaan di sana. Pegawai di Jabatan Pendaftaran meyatakan mereka perlu melihat borang W untuk memastikan nama bapa saya Kamarulazizi. Namun begitu, setelah diperiksa kad pengenalan, surat nikah saya semua dengan nama Muhammad bin Kamarulazizi, mereka pun terus confirm dengan nama bapa saya. Alhamdulillah, sebelum jam 4.30, sijil beranak Muhammad Ali pun siap. My Kid Ali akan siap dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Muhammad bin Kamarulazizi
Post a Comment