Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Car Seat Ali dah sampai!


Car Seat Ali dah tiba. Selepas puas mencari di seluruh Penang, akhirnya beli juga car seat Ali di online. Tempahan dilakukan di http://www.littlewhiz.com/ Sabtu lepas, dan selamat sampai di rumah hari ini. Kenapa beli online? sebabnya, model yang sama diluar (Maxi Cosi Dori) berharga RM899, tetapi bila beli online hanya 699, RM200 bezanya! Alhamdulillah barang sampai dalam keadaan yang baik. Thanks mom!




Muhammad bin Kamarulazizi

Ali di hari ke 2 Ramadhan 1430

Ali tidur bersama papanya di bulan puasa

waktu tengahari ialah masa Ali bermain dengan mainan barunya! Thanks to Zaime yang telah hadiahkan mainan ini untuk Ali.

Ali di 1 Ramadhan 1430


Ali kepenatan hari ini pada 1 Ramadhan. Bulan puasanya yang pertama walaupun Ali tidak berpuasa.


cara tidur kegemaran Ali

Muhammad Ali selepas mandi

Ali's eye vision


Today I tried moving objects in front of Ali and his eye followed the moving pillow! Previously Ali had responded well on sounds. According to some facts in the internet, the babies vision during newborn till 1 month the baby sees only in black and white and shades of gray. Nerve cells in their retina and brain that control vision are not fully developed. Also, a newborn infant's eyes don't have the ability to accommodate (focus on near objects). So don't be concerned if the baby doesn't seem to be "focusing" on objects, including our own face:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Papa will be in Penang this weekend!

Yeah! After 1 week working in KL, I just kept thinking of my wife and my baby Ali. You know, people would say that 'Wah, bujang ya sekarang!', but I felt like nothing. Going back home with no one waiting. Felt like useless lah. So I just bought the ticket bus yesterday, and at 2.30pm, I'll be going back to Penang!

Ali sudah botak

Yesterday we had an opportunity to shave Ali's hair!yeah!!since papa want to go back to Kl that evening, we decide to shave the little boy's hair around 10 am in the morning. There's no majlis bercukur macam anak Erra Fazira. membazir! Lagipon papa works at Muslim Aid. Better join the aqiqah with Muslim Aid =) It was started by Tok Kiyai. Everyone was so scared to touch his head with the shaver since the baby's head is soft. Takut plak cedera, melalak plak budak kecik nih.

Ali dah xdak rambut

So dengan berhati-hatinya Tok Kiyai mula mencukur rambut Ali. But the problem was the shaver not sharp enough to remove the hair. Eventhough aunty Ej bought the shaver for very sensitive skin, it cannot remove the hair smoothly. Then papa found 1 shaver (blom guna lagi yaa) and it worked! So we shave and shave sampai shaver tu tak tajam. Then we use Tok Kiyai's shaver plak. Wan Nanny also shaved some of the hair. Finally after almost 1 hour waiting, the shaving process finished. We were very satisfied with the work although have some tompok2 di sana sini. Of course la kan. The head not smooth like our leg.


Ali covers his botak head


Ainie Asyikin Ahmad

Saudara mara datang melawat Ali

Ali dan papanya kepenatan selepas saudara mara pulang

Hari ini Kak Nana sekeluarga, Acik Ila bersama anaknya dan Acik Nan sekeluarga telah datang melawat Ali. Tok Kiyai dan Wan Granny pun telah pulang Maghrib tadi. Meriah sungguh rumah dengan kehadiran mereka. Ali seolah-olah memahami kedatangan saudara mara nya ini. Sepanjang masa Ali berjaga sambil tersenyum-senyum bila diagah. Surprisingly, my hubby berjaya menyediakan nasi ayam on his own for all the guest. Semua org kata sedap. Next time leh wat lagi tuk house warming kt Kl =). Wan Granny pula tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Ali setelah hampir 3 hari berada di Seremban. Hampir jam 9 malam Wan Granny lepak dengan Ali walaupun ketika itu Ali sedang tidur lena.. Sayang Ali, kata Wan Granny =)

Farish dan Muhammad Ali

Ali mengeliat selepas bangun tidur

Ainie Asyikin Ahmad

Ali nak meninju?


Alhamdulillah hari ini kami telah membawa Ali ke Klinik Kesihatan Jalan Perak untuk pemeriksaan demam kuning atau jaundice. dan keputusannya ialah 124 menurun berbanding dengan Rabu lepas iaitu 136:) level normal bagi seorang bayi ialah 80 dan level kritikal ialah atas 140

Berat Ali sudah bertambah!


Sebentar tadi nurse dari Klinik Taman Tun Sardon telah datang untuk membuat pemeriksaan harian ke atas Muhammad Ali. Berat Ali sudah bertambah ke 3.4kg selepas seminggu dilahirkan. Ali masih mengamalkan penyusuan ibunya dan alhamdulillah Ali sihat selalu:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Jaundice dan Pendaftaran Bayi


Hari ini nurse dari Klinik Kesihatan Taman Tun Sardon telah datang melawat untuk kali pertama. Nurse memastikan Ali ok dengan memeriksa Ali. Ali dikhuatiri mengidap penyakit kuning atau lebih dikenali sebagai Jaundice. Oleh yang demikian, kami diminta untuk membawa ke Klinik Kesihatan di Jalan Perak.

Ali selepas dimandikan oleh wan kiyainya (my mom)

Selepas Zohor, kami terus bergerak ke Klinik Kesihatan Jalan Perak untuk memeriksa Ali. Alhamdulillah keputusan menunjukkan had untuk mengidap penyakit kuning hanya kecil. Ali diminta untuk diperiksa sekali lagi pada Jumaat ini untuk memastikan Ali bebas dari penyakit kuning.

Pada jam 3.30 petang pula, saya bersama isteri telah ke Jabatan Pendaftaran Jalan Anson untuk mendaftarkan surat beranak dan My Kid Ali. Pada mulanya, terdapat sedikit kesulitan apabila nama bapa saya tertera 'Kamarulaziz' dan sepatutnya 'Kamarulazizi'. Kata pegawai tersebut, awak dilahirkan di luar negara, mungkin kena rujuk kedutaan di sana. Pegawai di Jabatan Pendaftaran meyatakan mereka perlu melihat borang W untuk memastikan nama bapa saya Kamarulazizi. Namun begitu, setelah diperiksa kad pengenalan, surat nikah saya semua dengan nama Muhammad bin Kamarulazizi, mereka pun terus confirm dengan nama bapa saya. Alhamdulillah, sebelum jam 4.30, sijil beranak Muhammad Ali pun siap. My Kid Ali akan siap dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali sudah ada di Rumah!


1000
Saya ke hospital untuk menguruskan hari terakhir Ali. Nurse telah memberikan suntikan BCG hari ini dan pembayaran bil juga dilakukan sebentar tadi. Setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir, Ali pun dibenarkan pulang pada jam 12.14 tengahari. My dad (Tok Kiyai) dan my mom (Granny) sangat gembira dengan kepulangan Ali. Setelah tiba di rumah, saya terus menelofon klinik Taman Tun Sardon untuk pemeriksaan selanjutnya oleh bidan jururawat yang akan bermula esok.

Final Day di Hospital



Ali di hari keempat


2115
Secara tetiba dapat panggilan dari isteriku. Ruang tempat tidur Ali penuh dengan darah. Agak terkejut isteri saya apabila melihat keadaan itu dan isteriku terus memanggil nurse. Rupanya tempat suntikan antibiotik telah tercabut kerana Ali menangis begitu kuat. Alhamdulillah cadar, selimut dan pakaian Ali telah ditukar oleh nurse yang ada di situ. Ketika saya sampai di hospital, Ali dah kembali menyusu dengan ibunya.

0800
Awal pagi lagi kami terus ke wad bayi untuk dapatkan update dari doktor untuk discharge. Tetapi doktor mengatakan, Ali perlukan lagi dua injection antibiotik, bermakna, paling cepat untuk Ali discharge ialah hari Selasa ini. Agak kecewa sedikit, tetapi bersyukur kerana isteriku sudah boleh keluar dari wad. Nurse dah sediakan wad baru untuk isteriku dimana wad tersebut lebih dekat dengan wad bayi. Alhamdulillah progress pun semakin baik, semoga dapat dikeluarkan Selasa ini, insyaAllah

Muhammad bin Kamarulazizi

Makgad dan Waktu Melawat

Kawalan makgad di Hospital Bersalin Pulau Pinang ini memang agak ketat. Dah beberapa kali saya sendiri kadang-kadang naik angin dengan makgad nih. "Tak boleh masuk, bukan masa melawat!", saya balas balas balik, "Isteri saya dah nak bersalin nih!" dia pun bagi masuk. ada sekali tu, makgad yang sama kata "hey, 5 minit saja haa!" kata makgad India. Saya balas balik, "saya duk wad kelas satu, satu bilik satu orang!" dia balas, ok2 sambil tunjuk tangan tanda boleh pergi. Di Hospital Bersalin Pulau Pinang, si suami boleh melawat bila-bila masa sekiranya ambil bilik kelas satu, satu bilik satu orang. Bilik kelas satu nih ada 3 jenis, 1 bilik seorang, 1 bilik 4 orang dan 1 bilik 6 orang. Kelas satu jenis satu bilik seorang cuma ada 3 sahaja, so agak sukar untuk mendapatkannya. Tapi alhamdulillah, isteriku dapat kelas satu satu bilik seorang sehari selepas admit ke hospital. Waktu melawat biasa ialah jam 1pm - 2pm dan 5pm-7pm setiap hari.

Berbalik pada kisah makgad tadi, hari ini mak saya hadiahkan buah rambutan dan buah dokong untuk saya berikan kepada makgad India yang garang dan juga nurse yang jaga wad kelas satu:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali dihari ke 3




1500
Banglong (ipar saya) dengan keluarganya datang melawat dari Jitra. Kemudian mak, bapak pula datang lawat dlm pukul 6 lebih.

0800
Ibunya susukan Ali di wad bayi. Progress Ali semakin baik. InsyaAllah esok Ali sudah boleh discharge dari hospital. Doktor akan sediakan antibiotik untuk Ali esok juga surat pendaftaran untuk sijil beranak Ali.

Nuffnang