Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ali dengan Stroller Baru!


Hari ini dah belikan Ali stroller. Kedai yang sama beli car seat. Sebelum ini beli car seat secara online, sebab ada di Penang. Tapi kali ini kita serbu kedai yang terletak di Setia Alam, Shah Alam. Nama kedai ialah Littlewhiz.com. Dari luar susah nak nampak kedainya, kerana terletak di tingkat dua, atas kepada restoren Kopi Ijok.

selesanya sampai nak tertidur

nasib baik muat nak letak dalam bonet kereta

dengan towkey Littlewhiz.com, Mrs Rachel dengan aunty nya

Bila tiba sahaja di kedai, rupanya macam-macam barang baby ada disitu. Sememangnya macam-macam ada! Dan harganya pun lebih murah. Kalau beli online pun dah murah. Tapi kalau cash and carry, lagi dapat diskaun!

Ikut plan nak beli jenama Graco. Tapi bila dah tengok macam-macam stroller yang lain, berkenan pula dengan Maclaren model Techno XT 2009. Harga pasaran di luar ialah RM1200. Kalau beli online di sini, harganya RM1079. Disebabkan kami beli terus di lokasi, dapat lagi diskaun, so harganya jadi RM950! Banyak juga bezanya tu.

So lepas ini, kalau nak cari barang-barang baby, bolehlah jenguk Littlewhiz.com.

Muhammad bin Kamarulazizi
1 Response
  1. niniey Says:

    hoho....
    bruntung bangat si ali neh...
    kete kcik da 9rtus lebih....
    akak dlu pkai kete tolak je dik,,,,
    hahaha


Nuffnang