Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ali dan Laptop


Ali di umur 5 bulan ini, hobinya ialah berguling-guling di atas katil. Sekarang Ali dah pandai meniarap, tetapi belum pandai lagi merangkak. Oleh yang demikian, untuk ke destinasi yang ingin dituju, Ali akan bergolek ke arah lokasinya itu.

Kali ini Ali tertarik dengan laptop papanya. Grafik yang bergerak di screen laptop membuatkan Ali teruja. Ali pun cuba respon dengan menekan keyboard laptop papanya...:)


apa yang bergerak tu..?

1 jari dah ada di laptop

mari tekan-tekan keyboard laptop papa!

Ali di Nilai 3


Hari ini Ali bersama keluarga shopping di Nilai 3. Mamanya nak belikan langsir baru untuk ruang tamu. Papanya pula nak tinted kan sedikit cermin depan kereta. Ali diluar biasanya tak banyak meragam. Cuma ramai pula makcik-makcik yang nak picit2 pipi Ali nih. Tapi Ali biasanya akan menjerit bila dia rimas. Kesian makcik-makcik tu, hehe.

makcik, jangan picit pipi saya....

Ali dah lena sementara tunggu kereta siap

Mari Mengenal Buah!

jambu batu!

Hari-hari Ali akan main dengan play card. Ada buah, kenderaan dan haiwan. Ali tak pandai lagi nak sebut setiap nama buah, tetapi Ali dapat beri respon yang baik!:)


limau mandarin!

pisang!

Ali di Padang Rengas

Ali bersama wan nanny nya

Sebelum pulang KL, Ali sempat singgah umah moyangnya di Padang Rengas, Kuala Kangsar untuk mengutip buah-buahan seperti pulasan, rambutan, durian dan dokong.

Ali dan Car Wash


Di Penang terdapat banyak kedai car wash Rm3. Kali ini Ali sendiri merasa duduk dalam kereta dan lalu ke dalam car wash automatik ini. Ali kelihatan tergamam sedikit dengan menghisap jarinya dengan lebih agresif. Namun begitu Ali tidak menangis:)

Ali dan buku cerita


Antara rahsia untuk membuatkan Ali supaya tidak menjerit ialah dengan membacakan buku cerita kepadanya...:)

p/s buku cerita ini mak saya simpan sejak saya berumur 5 tahun, dan kini sudah diturunkan kepada anak saya pula.

Ali dah 4 bulan!


Ali dalam kereta tidur sebelum dialihkan ke dalam car seat...:)

Ali di Pantai Pengkalan Balak

Ali dengan Makngah dan Pakngahnya


Ali happy bila ada di pantai

mama dan Ali

papa dan Ali

seronok gak dapat try shoot gambar guna Nikon D90 kepunyaan Bangah nih..:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali 1st visit to UIA


Last week Ali, mama and acik Ella went to UIA to take few documents. Then we took picture together with some of mama's friends.




Ali demam selepas kena suntikan


Semalam kami telah ke Klinik Kita untuk suntikan 3 bulan Ali. Ali sudah 7kg! Menurut doktor, Ali akan demam. Malam tadi badan Ali mula panas. Namun begitu Ali tidak menangis. Saya pun lapkan kepala Ali dengan kain lembap dan kelihatan Ali begitu gembira sekali. Alhamdulillah pagi ini Ali dah sihat dari demamnya.

Muhammad bin Kamarulazizi

ALi menendang-nendang


Ali mula mengaplikasikan kakinya terhadap objek2 yang ada disekitarnya


Ali mula menggunakan kakinya

tangan pun mula digunakan

Muhammad bin Kamarulazizi

Pertama Kali Ali ke ASDAF


Hari ini pertama kali Ali ke ASDAF dan telah disambut dengan begitu gembira oleh anak-anak ASDAF. Petangnya pula kami sekeluarga telah ke One Utama untuk membeli permainan untuk Ali gigit.

Ali gembira di One Utama

Ali berasa macho di One Utama

akhirnya Ali dapat mainan untuk digigit

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali mahu meniarap!


Umur 3 bulan, 2 minggu. Ali tidak suka baring lama-lama. Setiap masa dia mahu papa atau mamanya angkat dan dia mahu berdiri dengan sokongan mama papanya. Ada masanya dia mahu meniarap, tetapi masih belum pandai untuk pusingkan badannya sendiri. Selepas penat, meniarap papa atau mamanya akan baringkan Ali semula.

percubaan Ali untuk pusing meniarap


sudah meniarap, Ali akan cuba untuk bergerak

Ali gembira selepas penat meniarap

Muhammad bin Kamarulazizi

Hobi Ali Moncong Mulut sambil Menyembur

1. Ali memulakan misinya

2. fokus Ali kini di bibir

3. bibir mula bergerak

4.mula menghembus pelan-pelan

5. seluruh tenaga bakal dikeluarkan

6. puuuuuhhhhh..puuhhhhhh....aaappuuuhhhh...

Itulah aktiviti seharian Ali selepas menyusu...


Muhammad bin Kamarulazizi


Jalan-jalan di OU and relatives visit

Last Saturday we spent some time together pusing-pusing around OU. We wanna buy baju lubang-lubang for Ali since he always sweating during hot weather. Cian Ali berpeluh-peluh. Seb baik jumpa yang berkenan di Jaya Jusco. Harga pon murah!=)

While waiting me for prayer, papa and Ali fell asleep. So cute watching both of them sleep.hihihi. They must be tired and sleepy. After that, papa treated us with Baskin Robin! Luckily we had 31% discount for 31st of the month. Nyum.nyum!!Thanx papa!

Ali and papa were sleeping =)

Yesterday (Sunday), my sister came to visit us. We prepared nasi ayam and puding jagung for them! Ali was so happy playing together with abang Farish.

Abg Farish tought Ali how to play

Ainie Asyikin Binti Ahmad

Hobi baru Ali


Hari ni Ali genap 3 bulan..cepat sungguh masa berlalu.skrg Ali dh ade hobi baru.ms2 boring dia akan main ali liur..siap dgn bunyi 'abuuuuu..abbuuuu' lagi..hish2..asyek nk kna lap je mulut Ali ni.

Ainie Asyikin Bte Ahmad

Ali bersama Makciknya, Farhah


Hari ini majlis akad nikah Aunty Khadijah di kampung, Penang. Saudara mara dari Seremban dan Padang Rengas turut hadir. Yang paling dinantikan ialah makcik saudara Ali, iaitu Farhah yang beza umur hanya dua minggu.

Ali dan Farhah melihat sesuatu

perbincangan Ali dan Farhah

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali Semasa di One Utama

Sementara menunggu mamanya dan Acik Ella shopping baju...


*klik pada gambar

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali's eye vision at the age of two month


Sememangnya dah nampak objek:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Muhammad Ali dah selesai Aqiqah


Muhammad Ali dah selesai diaqiqah dengan dua ekor kambing. Program aqiqah dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Rumah Zakat Indonesia. Daging aqiqah tersebut telah diagihkan terus untuk fakir miskin di Yogyakarta, Indonesia.

Muhammad bin Kamarulazizi

Ali is Growing!

Wan Nanny! I am growing! Atau tilam dah mengecil?:)

Ali dengan Stroller Baru!


Hari ini dah belikan Ali stroller. Kedai yang sama beli car seat. Sebelum ini beli car seat secara online, sebab ada di Penang. Tapi kali ini kita serbu kedai yang terletak di Setia Alam, Shah Alam. Nama kedai ialah Littlewhiz.com. Dari luar susah nak nampak kedainya, kerana terletak di tingkat dua, atas kepada restoren Kopi Ijok.

selesanya sampai nak tertidur

nasib baik muat nak letak dalam bonet kereta

dengan towkey Littlewhiz.com, Mrs Rachel dengan aunty nya

Bila tiba sahaja di kedai, rupanya macam-macam barang baby ada disitu. Sememangnya macam-macam ada! Dan harganya pun lebih murah. Kalau beli online pun dah murah. Tapi kalau cash and carry, lagi dapat diskaun!

Ikut plan nak beli jenama Graco. Tapi bila dah tengok macam-macam stroller yang lain, berkenan pula dengan Maclaren model Techno XT 2009. Harga pasaran di luar ialah RM1200. Kalau beli online di sini, harganya RM1079. Disebabkan kami beli terus di lokasi, dapat lagi diskaun, so harganya jadi RM950! Banyak juga bezanya tu.

So lepas ini, kalau nak cari barang-barang baby, bolehlah jenguk Littlewhiz.com.

Muhammad bin Kamarulazizi

Nuffnang