Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ali at Aquaria


Selepas seminggu papa Ali sibuk dengan makan malam Maher Zain, hari ini papa Ali bawak Ali sekeluarga ke Aquaria KLCC! Ini kali pertama ke Aquaria. Ada macam-macam ikan dari kecil macam ikan bilis sampai ke ikan yu yang besar!

cantiknya obor-obor ini


dalam banyak-banyak binatang, ini binatang yang paling Ali suka!

dah habis makan, Ali dapat tulisan magnet yang baru! Sebab yang lama dah rosak

Ali di PC Fair KLCC

Hujung minggu Ali ke PIKOM Gadget Fair di KLCC. Ada banyak maskot dan Ali tidak gentar kepada maskot-maskot di situ.

maskot menunjukkan "peace" pada Ali

amik hang maskot hijau!

Ali di Aidiladha

Tahun ini Ali raya haji di Kuala Lumpur bersama mama dan papanya. Pada raya ketiga, Ali sekeluarga ke kampung mamanya di Masjid Tanah, Melaka. Cousin Ali, Farish ada bawa kolam air sekali. Ali pun bermain air dengan gembira.


Keesokan harinya pula, Ali sekeluarga pulang ke kampung sebelah papanya di Seremban. Di sana Ali dapat jumpa dengan makcik yang sebaya dengan Ali iaitu makcik Farhah. Makcik Farhah dah ada stail rambut yang baharu..:)

Ali sertai Pertandingan Mewarna di Galeri Finas



Ali juga turut serta dalam pertandingan mewarna di Galeri Finas bersama anak-anak Asrama Darul Falah (ASDAF) dan Rumah Titian Kaseh (RTK)

tukar warna pulak

mama tolong warnakan sekali

dah abis mewarna, kita makan pula!

Ali tonton Papa di Televisyen


Papa ada dalam tv hari ini!

Jalan-jalan kat Taman Tasik

Sejak Ali dah pandai berjalan ni, macam dah jadi rutin untuk bawa Ali berjalan-jalan ke Taman Tasik Titiwangsa setiap hujung minggu. Kalau tak dapat pergi petang, kami akan pergi pada waktu pagi. Lepas tu boleh sarapan kat kampung baru! (tapi roti canai Sentul lagi sodap!:p).

Petang tadi, kami berjalan-jalan sambil melihat gelagat Ali menendang bola ke sana sini:) Ali was so happy and excited. Bila dah penat berjalan dan berlari, dia merangkak pula. Tak pon, Ali suruh mama atau papa dukung. Macam-macam.

Ok Ali, amik bola ni pastu tendang tau. Jangan tendang jauh-jauh

Yes!Ali tendang bola, mama kena kutip!lariiiii

Apa saja benda yang pelik Ali nak pegang dan rasa.
Mama tengok saja. Kasi chance pada Ali learn new things


Mama jom lumba lari!

Dah penat, kita minum dulu!

Sad but funny

Sejak dua menjak ni kalau Ali tengok gambar papa mesti dia nangis. Ntah la pasal apa dia sedih sangat tu. Sebab rindu kat papa kot. Mama kan garang:p

Ali, come here see papa in the picture

Ali terus menjadi sedih bila tengok papa dalam gambar tu. Reason? Dunno:p

Ala syian anak mama ni, nanti kejap lagi papa balik ok. Xmo sedih2 tau.

Nuffnang