Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Papa Ali di TV lagi!



Ali sedih pula bila tengok papanya ada dalam tv. Papanya masuk rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 sebentar tadi. Beberapa kali memanggil papanya, tapi papa tidak menyahut. Lepas dah selesai, Ali happy kembali.

Ali di Hospital Tawakal


Baru-baru ini Ali admitted di Hospital Tawakal. Ali muntah dan cirit birit setiap kali makan atau minum. Menurut dokotr, Ali mengalami masalah muntah ini disebabkan serangan kuman. Mungkin kesilapan makan atau keracunan makanan. Selepas tiga hari di Hospital Tawakal, alhamdulillah, Ali dapat pulang ke rumah. Mamanya telah menemani Ali di hospital. Segala perbelanjaan di Hospital Tawakal telah ditanggung sepenuhnya oleh Prudential BSN Takaful, dimana papa Ali adalah ejen Takaful kepada Ali. :)

Perbelanjaan untuk tiga hari di Hospital Tawakal berjumlah RM1,500! Kos ini termasuk untuk penginapan bilik yang memuatkan dua pesakit yang bernilai RM180. Biliknya selesa dan hospital berkenaan menyediakan menu makanan yang boleh dipilih. Waktu melawat pula adalah dari jam 8 pagi hingga 9 malam seperti yang tertera di pintu wad, namun begitu pelawat yang mempunyai hubungan keluarga dengan pesakit dibenarkan melawat bila-bila masa. Ali beruntung kerana mempunyai perlindungan takaful pada umur yang masih muda. Pada kawan-kawan Ali yang belum ada perlindungan takaful, cepat-cepat ambil ya! :)

ali di taman permainan sebelah wad

Ali bersembang melalui telefon

Kerap kali Ali melihat papanya bercakap melalui telefon. Tiba-tiba ada orang menelefon Ali sebanyak dua kali. Lihat perbualan Ali

Ali dan Papanya menikmati mi sanggul


Kini Ali dah belajar untuk makan sendiri. Tapi perlu bimbingan oleh mama atau papanya. Mama Ali dah pandai buat mi sanggul yang sedap!

Ali bersama moyangnya

Ali Membaca Dalam Perjalanan ke Pulau Pinang


Hari ini Ali berada di kampung Tok Kiyai dan Wan Nanny di Pulau Pinang. Aktviti Ali di dalam kereta selain tidur ialah membaca buku.

Ali di Zoo Negara!

Hari ini cuti Hari Wilayah. Ali bersama keluarga ke Zoo Negara! Sudah dua hari hujan lebat tak berhenti, tapi kali ini cuaca terang, tak ada tanda-tanda nak hujan. Sebelum ini Ali belajar nama-nama haiwan dalam kad sahaja. Tapi kali ini dapat tengok live!


rabbit!

baaaadak!

rakun, sama di Aquaria KLCC

zirafahhh


Ali at Aquaria


Selepas seminggu papa Ali sibuk dengan makan malam Maher Zain, hari ini papa Ali bawak Ali sekeluarga ke Aquaria KLCC! Ini kali pertama ke Aquaria. Ada macam-macam ikan dari kecil macam ikan bilis sampai ke ikan yu yang besar!

cantiknya obor-obor ini


dalam banyak-banyak binatang, ini binatang yang paling Ali suka!

dah habis makan, Ali dapat tulisan magnet yang baru! Sebab yang lama dah rosak

Ali di PC Fair KLCC

Hujung minggu Ali ke PIKOM Gadget Fair di KLCC. Ada banyak maskot dan Ali tidak gentar kepada maskot-maskot di situ.

maskot menunjukkan "peace" pada Ali

amik hang maskot hijau!

Ali di Aidiladha

Tahun ini Ali raya haji di Kuala Lumpur bersama mama dan papanya. Pada raya ketiga, Ali sekeluarga ke kampung mamanya di Masjid Tanah, Melaka. Cousin Ali, Farish ada bawa kolam air sekali. Ali pun bermain air dengan gembira.


Keesokan harinya pula, Ali sekeluarga pulang ke kampung sebelah papanya di Seremban. Di sana Ali dapat jumpa dengan makcik yang sebaya dengan Ali iaitu makcik Farhah. Makcik Farhah dah ada stail rambut yang baharu..:)

Ali sertai Pertandingan Mewarna di Galeri Finas



Ali juga turut serta dalam pertandingan mewarna di Galeri Finas bersama anak-anak Asrama Darul Falah (ASDAF) dan Rumah Titian Kaseh (RTK)

tukar warna pulak

mama tolong warnakan sekali

dah abis mewarna, kita makan pula!

Ali tonton Papa di Televisyen


Papa ada dalam tv hari ini!

Jalan-jalan kat Taman Tasik

Sejak Ali dah pandai berjalan ni, macam dah jadi rutin untuk bawa Ali berjalan-jalan ke Taman Tasik Titiwangsa setiap hujung minggu. Kalau tak dapat pergi petang, kami akan pergi pada waktu pagi. Lepas tu boleh sarapan kat kampung baru! (tapi roti canai Sentul lagi sodap!:p).

Petang tadi, kami berjalan-jalan sambil melihat gelagat Ali menendang bola ke sana sini:) Ali was so happy and excited. Bila dah penat berjalan dan berlari, dia merangkak pula. Tak pon, Ali suruh mama atau papa dukung. Macam-macam.

Ok Ali, amik bola ni pastu tendang tau. Jangan tendang jauh-jauh

Yes!Ali tendang bola, mama kena kutip!lariiiii

Apa saja benda yang pelik Ali nak pegang dan rasa.
Mama tengok saja. Kasi chance pada Ali learn new things


Mama jom lumba lari!

Dah penat, kita minum dulu!

Sad but funny

Sejak dua menjak ni kalau Ali tengok gambar papa mesti dia nangis. Ntah la pasal apa dia sedih sangat tu. Sebab rindu kat papa kot. Mama kan garang:p

Ali, come here see papa in the picture

Ali terus menjadi sedih bila tengok papa dalam gambar tu. Reason? Dunno:p

Ala syian anak mama ni, nanti kejap lagi papa balik ok. Xmo sedih2 tau.

Berkelah di PD bersama kawan motor Papa

Sabtu lepas Ali dan famili pegi mandi manda kt pantai Lido, PD. Semua kawan-kawan motor papa pon ada sekali. Nama pon family day RMC kan. Makanan semua telah tersedia masa kami sampai. Ayam panggang, nasi goreng, sosej bakar, air stoberi. Memang sodap! Kami bertolak dari KL pukul 11 lebih. Sampai sana lebih kurang pukul 1.

Sampai-sampai je Ali trus teruja tengok laut yang luas. Ombak pula agak kuat dan air pasang. Mungkin sebab malam tu hujan. Ini kali ke 3 Ali tengok laut. Kali pertama masa Ali umur 4 bulan. Masa tu Ali lepak-lepak saja dalam stroller kat pantai pengkalan balak, Melaka.

Ali super duper comel montel masa ni. geram-geram!

Kali kedua Ali pegi pantai masa kat Melaka juga. Masa tu Ali umur 10 bulan. Kali ni Ali dah pandai main-main pasir guna kaki. Nak lepaskan Ali main sendiri takut dia makan pulak pasir tu.
Tema kaler merah ok

Now, Ali pon dah boleh berjalan, ape lagi. Terus nak masuk laut dengan berani nya. Tak takut langsung dia dengan ombak kuat tu. Sebab papa ada lagi la Ali berani. Mama yang takut okeh.

Ali dah tak sabar nak mandi laut


Mari papa kita masuk dalam air, x bes la main kat tepi ni

Ok, kalau papa xnak, Ali pegi sendiri ye!

Dah penat main air, kita main pasir pula

Selesai mandi, kami pon balik. Dalam pukul 4 petang kami bertolak balik KL. Itupon sebab hujan lebat kat PD tu. Nasib baik gerak awal, kalau x, sah sangkut dalam jem sebab ade lawan bola kelantan vs N9.

Mari bersukan

Harini genap umur Ali 15 bulan. Kejap je rasa. Ali dh pandai berjalan dan mula nk berlari sikit-sikit. Ada few update tentang aktiviti Ali beberapa minggu lepas.

Mula-mula, Ali ke kelas berenang bersama papa. Eh, xla kelas sebenarnya, cuma main-main air kolam kat umah aunty eejay. Gumbira sungguh Ali dapat berendam dan tepuk-tepuk air. Nak main air dalam toilet masa mandi cam x puas pulak kan.

Ali yang excited first time masuk swimming pool

Tepuk-tepuk air

Paksu pon nk join main air ngn Ali

Haaa..menggeletaq lutut masuk air sejuk tuu

Ok, done with the tepuk-tepuk air. Masa untuk belajar berenang!


Selepas kelas berenang, Ali join kelas futsal pulak. Ali siap bawak bola sendiri tau! Semangat betol anak bujang sorang ni.

Mula-mula kita tengok macam mana abang-abang tu semua main bola

Ok, Ali ready nak tendang bola ni. Mama tangkap ya!

Isk.isk..Ali tendang, Ali gak yang kena kutip bola

Yeah, dapat peluang masuk court, terus Ali merangkak dengan gembira

Ali at Paddy Field

Ali at paddy field Tebuk Matau, Gunung Semanggol. Perak

Ali dah Rubix


Ali pun belajar main rubix seperti papanya. Dalam masa seminggu papa berjaya menyelesaikan warna-warna rubix ini dengan bantuan anak-anak ASDAF.

Ali berjalan beberapa langkah



Ali mula berjalan beberapa tapak. Walaupun Ali sudah berumur 1 tahun, Ali lebih kerap bercakap tanpa henti...:)

Ali di One Utama


Semalam Ali jalan-jalan shopping untuk raya di One Utama. Kali ini Ali dapat naik troli kereta. Mama sewa dengan RM1 untuk 3 jam pertama sebab ada Kad One Utama. Jam yang berikutnya kena charge RM2 sejam. Kalau tak ada kad One Utama, sewanya RM3 untuk 3 jam pertama dan RM2 untuk jam seterusnya. Senang mama dan papa Ali pergi shopping, Ali duduk dalam troli kereta sambil main dengan stereng.

pon pon, beri laluan

leka main dengan stereng

masa nih Ali dan papa tunggu mama selesai shopping

Nuffnang