Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ali di Aidiladha

Tahun ini Ali raya haji di Kuala Lumpur bersama mama dan papanya. Pada raya ketiga, Ali sekeluarga ke kampung mamanya di Masjid Tanah, Melaka. Cousin Ali, Farish ada bawa kolam air sekali. Ali pun bermain air dengan gembira.


Keesokan harinya pula, Ali sekeluarga pulang ke kampung sebelah papanya di Seremban. Di sana Ali dapat jumpa dengan makcik yang sebaya dengan Ali iaitu makcik Farhah. Makcik Farhah dah ada stail rambut yang baharu..:)

Ali sertai Pertandingan Mewarna di Galeri Finas



Ali juga turut serta dalam pertandingan mewarna di Galeri Finas bersama anak-anak Asrama Darul Falah (ASDAF) dan Rumah Titian Kaseh (RTK)

tukar warna pulak

mama tolong warnakan sekali

dah abis mewarna, kita makan pula!

Ali tonton Papa di Televisyen


Papa ada dalam tv hari ini!

Jalan-jalan kat Taman Tasik

Sejak Ali dah pandai berjalan ni, macam dah jadi rutin untuk bawa Ali berjalan-jalan ke Taman Tasik Titiwangsa setiap hujung minggu. Kalau tak dapat pergi petang, kami akan pergi pada waktu pagi. Lepas tu boleh sarapan kat kampung baru! (tapi roti canai Sentul lagi sodap!:p).

Petang tadi, kami berjalan-jalan sambil melihat gelagat Ali menendang bola ke sana sini:) Ali was so happy and excited. Bila dah penat berjalan dan berlari, dia merangkak pula. Tak pon, Ali suruh mama atau papa dukung. Macam-macam.

Ok Ali, amik bola ni pastu tendang tau. Jangan tendang jauh-jauh

Yes!Ali tendang bola, mama kena kutip!lariiiii

Apa saja benda yang pelik Ali nak pegang dan rasa.
Mama tengok saja. Kasi chance pada Ali learn new things


Mama jom lumba lari!

Dah penat, kita minum dulu!

Sad but funny

Sejak dua menjak ni kalau Ali tengok gambar papa mesti dia nangis. Ntah la pasal apa dia sedih sangat tu. Sebab rindu kat papa kot. Mama kan garang:p

Ali, come here see papa in the picture

Ali terus menjadi sedih bila tengok papa dalam gambar tu. Reason? Dunno:p

Ala syian anak mama ni, nanti kejap lagi papa balik ok. Xmo sedih2 tau.

Berkelah di PD bersama kawan motor Papa

Sabtu lepas Ali dan famili pegi mandi manda kt pantai Lido, PD. Semua kawan-kawan motor papa pon ada sekali. Nama pon family day RMC kan. Makanan semua telah tersedia masa kami sampai. Ayam panggang, nasi goreng, sosej bakar, air stoberi. Memang sodap! Kami bertolak dari KL pukul 11 lebih. Sampai sana lebih kurang pukul 1.

Sampai-sampai je Ali trus teruja tengok laut yang luas. Ombak pula agak kuat dan air pasang. Mungkin sebab malam tu hujan. Ini kali ke 3 Ali tengok laut. Kali pertama masa Ali umur 4 bulan. Masa tu Ali lepak-lepak saja dalam stroller kat pantai pengkalan balak, Melaka.

Ali super duper comel montel masa ni. geram-geram!

Kali kedua Ali pegi pantai masa kat Melaka juga. Masa tu Ali umur 10 bulan. Kali ni Ali dah pandai main-main pasir guna kaki. Nak lepaskan Ali main sendiri takut dia makan pulak pasir tu.
Tema kaler merah ok

Now, Ali pon dah boleh berjalan, ape lagi. Terus nak masuk laut dengan berani nya. Tak takut langsung dia dengan ombak kuat tu. Sebab papa ada lagi la Ali berani. Mama yang takut okeh.

Ali dah tak sabar nak mandi laut


Mari papa kita masuk dalam air, x bes la main kat tepi ni

Ok, kalau papa xnak, Ali pegi sendiri ye!

Dah penat main air, kita main pasir pula

Selesai mandi, kami pon balik. Dalam pukul 4 petang kami bertolak balik KL. Itupon sebab hujan lebat kat PD tu. Nasib baik gerak awal, kalau x, sah sangkut dalam jem sebab ade lawan bola kelantan vs N9.

Nuffnang